Home Profil Kata Aluan KPP
Kata Aluan KPP PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Pengurus Web   
Isnin, 12 Julai 2010 12:27

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Salawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, kepada  keluarga  dan sahabat-sahabat baginda sekalian, semoga mereka semua sentiasa dalam limpahan rahmat Allah Swt.

Yayasan Takmir Pendidikan mula beroperasi pada tahun 2001. Pada awal penubuhannya, Yayasan Takmir diamanah dan diberi tanggungjawab oleh ABIM Pusat, untuk merancang, memantau, mengurus, menyelaras dan mempastikan semua institusi Pendidikan ABIM, yang terdiri daripada TASKI, TAHFIZ, SERI dan SEMI berada pada landasan yang betul dan tepat, selaras dengan citi-cita dan hasrat falsafah Pendidikan Islam.

Melihat kepada sejarah penubuhan dan kewujudan ABIM sebagai sebuah badan dakwah yang dianggotai oleh belia-belia Islam di Negara ini pada tahun 1970. Telah bergerak dengan aktif dalam bidang dakwah dan pendidikan sejak awal penubuhannya lagi, ABIM memperkenalkan misinya sebagai sebuah organisasi belia Islam yang terkenal ungkapan ‘juru bicara ummah’. Pelbagai isu dan persoalan telah menjadi fokus aktiviti ABIM di semua peringkat, termasuk soal kemiskinan, penyalahgunaan kuasa,  pendidikan sekular, dadah, hiburan melampau, kejahilan  dan sebagainya. ABIM telah  menyuarakan kebimbangan terhadap kesan pendidikan sekular kepada pelajar dan belia-belia Islam di Negara ini. Kerana pendidikan sekular yang berteraskan kebendaan dan keduniaan, yang dibentuk mengikut acuan Barat, yang boleh menyebabkan generasi baru Islam tidak mengenali Agama dan akhlak Islamiah. Sebaliknya mereka terpengaruh dengan budaya dan cara hidup Barat yang Sekular.

Berasaskan kebimbangan ini ABIM mengambil langkah pro aktif mewujudkan sistem pendidikan Islam, dengan membina Kurikulum Pendidikan Bersepadu. Kurikulum ini dilaksanakan di semua peringkat institusi pendidikan ABIM, yang dikenali sebagai Taski untuk pendidikan awal kanak-kanak, SERI untuk sekolah Rendah Islam, SEMI untuk sekolah Menengah Islam dan Tahfiz  untuk kelas hafazan al Quran dan tahfiz.   Institusi pendidikan ABIM  telah beroperasi melebihi  20 tahun lalu. Dalam tempoh dua dekad ini banyak perkara menarik, yang tidak mudah kita lupakan. Khususnya  soal memberi keyakinan kepada masyarakat tentang wujudnya sistem pendidikan yang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Bersepadu.  Alhamdulillah berkat semangat muafakat, amal jamaie serta bantuan  semua pihak, semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Takmir telah menunjukkan kemampuannya sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang berwibawa dan berkualiti. Banyak pihak telah mengakui, terutamanya ibubapa murid yang terlibat dengan pendidikan ABIM, bahawa Institusi Pendidikan  ABIM telah menunjukkan  kemajuan yang menggalakkan  khususnya dalam aspek pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar serta pembangunan insan. Dalam bidang yang lain kedudukan SERI/SEMI adalah setanding dengan sekolah lain, hal ini terbukti bila kita merujuk kepada keputusan peperikaan UPSR atau SPRA yang diadakan pada setiap tahun.

Melalui laman web ini Yayasan Takmir Pendidikan berharap semua pihak dapat mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti Yayasan Takmir khususnya dalam bidang pendidikan dan juga aktiviti ABIM seluruhnya di semua peringkat.  Semoga dokongan dan sokongan, daripada semua pihak Yayasan Takmir Pendidikan, dapat terus bergerak sebagai sebuah agensi pendidikan yang berwibawa, yang mampu bergerak untuk membangun generasi pelajar masa kini, bagi menghadapi  pelbagai cabaran abad global ini. Sekian. Wassalam.

Haji Mahyuddin Ashaari
Ketua Pengarah Pendidikan

 

Login Form



Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini27
mod_vvisit_counterSemalam152
mod_vvisit_counterMinggu ini455
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1218
mod_vvisit_counterBulan ini1209
mod_vvisit_counterBulan lepas4206
mod_vvisit_counterKeseluruhan47613

We have: 2 guests online
Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: Feb 07, 2012
Visitors Counter



Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: joomla video tutorials hosting Valid XHTML and CSS.