LAPORAN AKTIVITI YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN TAHUN 2009

    Latihan Perguruan SERI/SEMI/TASKI/AHFIZ

    Kursus Latihan Perguruan  SERI/SEMI/TASKI/AHFIZ untuk kumpulan baru iaitu Kump. 6 Siri 1 telah diadakan bagi menjamin kelangsungan dan kecemerlangan institusi pendidikan Yayasan Takmir.  Kursus ini merupakan kursus asas perguruan untuk guru-guru baru yang berkhidmat di TASKI/TAHFIZ/SERI/SEMI ABIM.  Penyertaan seramai 80 orang.

    Kursus ini dirasmikan oleh YBhg. Dr. Haslinda bt Abdullah, Ketua Biro Pendidikan ABIM yang baru. Kursus kali ini mengetengahkan tokoh-tokoh pendidikan di kalangan pensyarah pakar dari IPIS, Kem. Pelajaran Malaysia, IPTA, KDH, Akademi Nusantara dan guru pakar dari sekolah.  Diantara pensyarah ialah Hj. Ahmad b. Mohd. Said, Hj. Mohd. Musleh Yunos, Hj. Abas b. Awang, Hj. Mahyuddin b. Ashaari, Hj. Ibrahim b. Hussin, Hj. Mohamad b. Abu Daud, Hj. Ishak b. Ali Shah, Dato’ Dr. Syed Ahmad b. Syed Samsuddin As-Saggof dan Cikgu Norjan bt Bali.  Kursus ini dipandu oleh Pengurus Bhg. Latihan YTP iaitu Pn. Nurjannah bt Keman.  Latihan kepimpinan dan tarbiah juga diberi penekanan

    Keputusan Peperiksaan UPSR, SPRA dan PMR  2009

    Berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun 2009 menunjukkan   SERI Seremban telah mengekalkan keputusan terbaik UPSR dan PMR diantara SERI-SEMI yang lain selama dua tahun berturut-turut.  Ia telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.39. Kedua, SERI Al-Huda, Gombak mendapat 1.48 dan ketiga, SERI Sg. Ramal, Kajang 1.50.  Manakala peratus 5A tertinggi iaitu SERI Seremban 45.8% dari 38/83 calon, SERI Alor Setar 34.15% dari 29/85 calon dan SERI Al-Huda 28.4% mendapat 5A dari 19/67 calon.  Daripada  583 calon UPSR, iaitu 25% sahaja yang mendapat 5A, 4A 11%, 3A 10%, 2A 8%, 1A 5% dan 41% dan lain-lain.  Manakala SERI Taiping mendapat 100% lulus keseluruhan.

    Manakala keputusan pencapaian SPRA ABIM bagi pelajar tahun 5 pula SERI Indera Mahkota, Kuantan telah mendapat 21.1% 8A, SERI Seremban 20.5%, dan SERI Alor Setar 20%. Manakala pencapaian Tahfiz tertinggi ialah Tahfiz Al-Ummah Damai, BBB iaitu 10% mendapat 8A, Tahfiz An-Nur, BBB mendapat 10% 8A.  Pada tahun ini skala markah dan gred untuk mata pelajaran Al-Quran, Pendidikan Teras Islam, Hadis dan Tafsir menggunakan skala standard yang digunakan di peringkat sekolah bagi menilai pencapaian sebenar pelajar-pelajar. 

    Secara keseluruhan pencapaian SERI lebih baik berbanding TAHFIZ.  Bagaimanapun hanya 11% mendapat 8A dan 9% 7A daripada 631 calon SERI. Gred Purata Sekolah (GPS) yang terbaik ialah 1.62 SERI Seremban, SERI Manjung 1.75 dan Tahfiz Damai 1.77  dan SERI Al-Huda mendapat 100% lulus. Min kebangsaan untuk subjek Al-Quran 68.6, Bahasa Arab 58.6, Pendidikan Teras Islam (min 64.7), Hadis (min 62.4,) Tafsir 68.1, Sirah 55.5, Lisan Al-Quran 80.9 dan Lisan Bahasa Arab 77.0.  Secara keseseluruhannya pencapaian SERI lebih baik dari TAHFIZ dengan min SERI lebih tinggi daripada min kebangsaan.

    Keputusan PMR 2009, SEMI Seremban juga mendapat GPS yang lebih baik iaitu 1.64 berbanding 1.69 pada tahun lepas dengan pencapian 2/22 calon mendapat 9A iaitu  15.8% manakala SEMI Sg. Ramal GPS juga telah meningkat iaitu 1.88 berbanding 73.3% berbanding pada tahun lepas 97.13 dan 4/30 calon mendapat 9A.  Manakala SEMI Ad-Diniah, Pulau Pinang dan Maahad Taufiqiyah masih menunjukkan keputusan yang kurang memberansangkan dimana pencapaian GPS hanya 2.64 dan 3.8 masing-­masing.  Secara keseluruhannya, hanya 7 % sahaja yang mendapat 9A, 8A- 8%, 7A- 7%, 6A-7%, 5A- 2%  dan bakinya 69 % daripada jumlah semua calon seramai 84 orang untuk empat buah SEMI.

    LAWATAN KERJA KE TASKI

    Lawatan kerja ke TASKI ke seluruh Malaysia kearah memperkasakan kualiti TASKI dan mempertingkatkan strategi telah berjalan dengan baik.  Lawatan kerja dan kenaziran dianggotai oleh Hj. Baharuddin b. Ibrahim, Pn. Nurjannah bt Keman dan Pn. Umi Kalsom bt. Ahmad. YTP dan MGTK memperkenalkan kaedah P & P yang lebih berkesan untuk subjek Bahasa Inggeris dan fonik Bahasa Melayu telah diperkenalkan ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. 

    a)  Lawatan kerja ke TASKI selepas muktamar ABIM Pusat iaitu pada 7 Ogos ke TASKI ABIM Pahang,  7-9 Oktober ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah dan 21-22 November ke Perak.

    Hasil lawatan ke Tawau, MGTK memutuskan untuk membantu ABIM Tawau untuk menubuhkan TASKI contoh bagi menangani tadika kristian yang pesat dan menarik keluar anak-anak yang beragama Islam dari menghantar anak-anak ke tadika tersebut.  Pihak MGTK juga bercadang untuk menghantar guru terlatih dari Semenanjung untuk tiga bulan bagi membimbing perjalanan TASKI dengan lebih baik dan membantu dana selama tiga tahun.

    b)  Mempertingkatkan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran TASKI
    YTP dan MGTK memperkenalkan kaedah P & P yang lebih berkesan disamping penyediaan buku teks dan latihan dibantu dengan multimedia interaktif (audio-visual) dengan persembahan yang lebih menarik dan berkesan sesuai dengan pelajar masa kini.  Subjek yang dipilih ialah Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu (bacaan pintar-fonik) yang dibimbing oleh Dr. Tajul Ariffin b Kassin, pensyarah USM, Pulau Pinang dan Sdr. Yusof Jaafar dari G-Elite Sdn. Bhd. Syarikat yang dilantik  menyediakan buku dan VCD khas untuk TASKI ABIM bersesuaian dengan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan  Taski ABIM.

    1. Pemurnian Kurikulum TASKI

    Sebuah Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengemaskini dan menerapkan nilai-nilai Islam/nilai murni di dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran TASKI.  Usaha ini dibuat mengikut kesesuaian kandungan kurikulum kursus latihan perguruan dan kurikulum Taski, bagi membolehkan semua  aktiviti yang dijalankan di Taski dapat dikendalikan  secara terancang dan berkesan, dan juga bagi mempastikan TASKI  mampu bersaing dengan institusi pendidikan pra sekolah swasta dan tadika-tadika yang lain.
    d) Membantu memulihkan TASKI ABIM di Bintagor, Sarawak bagi menghadapi persaingan anjuran tadika kristian, pihak YTP menyalurkan bantuan kewangan dan khidmat nasihat untuk TASKI berkenaan.
    e)  Menegaskan semula yuran kurikulum Taski (RM10.00 setahun) dengan pembahagian pecahan kepada pihak YTP, MGTK dan pengurusan TASKI supaya aktiviti dan program pendidikan di peringkat pusat dapat dijalankan dengan lebih baik dari sumber dana tersebut.

    RETREAT STAF/GURU-GURU

    Retreat guru-guru dan staf SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal telah diadakan pada 21-23 Disember 2010 di Kompleks Dar al-Hikmah.  Retreat tahunan ini diwajibkan kepada semua petugas iaitu seramai 80 orang guru dan staf.  Ia bertujuan untuk memugar kembali idealisme perjuangan, meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan perbincangan perancangan pelan tindakan 2010.  Tn. Hj. Mokhtar b. Adnan, Hj. Khalil b. Jali dan Hj. Mohamad b. Abu Daud memberi pengisian kepada peserta manakala  Tn. Hj. Ahmad Azam, Naib Presiden WADAH turut memberi pengisian motivasi kepada peserta. Retreat ini dipandu Pn. Nurjannah bt Keman selaku Pengarah Program dan Pengurus Bhg. Latihan Yayasan Takmir Pendidikan

    KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

    Pengetua dan Guru Besar SERI/SEMI telah menghadiri kursus kepimpinan Instruksional berkaitan Kursus Pengurusan Kurikulum ajuran bersama dengan Institut Aminuddin Baki cawangan Utara di Residen Aminudin Baki, Jitra, Kedah pada 29 November hingga 2 Disember 2009.  Seramai 18 orang wakil telah mengikuti kursus tersebut.  Diantara penekanan yang diberi berkaitan pembentukan Budaya dan Iklim P & P, Penyeliaan, Pengurusan Staf, Penilian dan Pelan Tindakan.  Para pentadbir, Pengetua dan Guru Besar dari kementerian turut hadir sebagai peserta.  Di antara pengisian slot ialah Hj. Mohd. Rosidi b. Ismail, Dr. Hj. Zubir b. Hj. Abd. Ghani, Hjh. Norihan bt Hj. Azizan dan Dr. Rusmini bt Ku Ahmad.

    MESYUARAT PENGURUSAN YTP  DAN MPSI

    Mesyuarat Pengurusan YTP dan Majlis Pentadbir SERI/SEMI ABIM yang diadakan tiga bulan sekali berjalan dengan baik sekali.  Untuk tahun 2010 mesyuarat Pengurusan YTP telah diadakan pada 10-12 Januari 2010 di Carlton Hotel, Shah Alam.  Ia dihadiri oleh 35 orang dari kalangan Pentadbir YTP, Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftar, Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi membincangkan beberapa agenda seperti perkembangan sekolah, hala tuju, Majlis Ihtifal peringkat Kebangsaan (Akademik ke-7) yang dijadualkan SERI Al-Ummah, Chemor sebagai tuan rumah dan keputusan peperiksaan awam 2009.

    Perlantikan baru Ahli Jawatankuasa MPSI untuk 2010, Ustaz Asri b. Zakaria (GB SERI Alor Setar) masih kekal sebagai Pengerusi. Hj. Mohd. Fadhil Alias (GB SERI Mutiara) sebagai Timbalan Pengerusi dan jawatankuasa yang lain masih kekal seperti tahun lepas.   Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat turut memberi pengisian slot dan membuat dialog bersama.

    Program Kerjasama Pendidikan Luar Negara

    YTP, Global Peace Mission Malaysia dan UNIW (United for NGOs Islamic World) dengan kerjasama Cambodian Muslim Intellectual Alliance telah membantu menjayakan perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Bersepadu Model ABIM, di Dubai Islamic School, Penom Penh, Kemboja.  Beberapa dua orang guru telah mengikuti kursus di Yayasan.  Lawatan kerja Pendidikan ke Kemboja yang turut dihadiri oleh Sdr. Ghazali Yusof diadakan pada 25-29 Mei yang lalu bagi melihat pelaksanaan program secara lebih dekat, Yayasan membekalkan buku teks seperti Pendidikan Teras Islam, Sirah dan buku Kerja tilawah al Quran untuk keguaan sekolah tersebut.
    YTP telah menjadi angguta  UNIW di peringkat antarabangsa,   kerjasama ini diadakan untuk mendapat maklumat dan bertukar pengalaman dalam bidang pendidikan Islam  dengan negera-negra Islam di dunia  melalui hubungan dengan  Hayrat Faundation  di Turki.  YTP, dengan kerjasama ABIM dan WADAH  meneruskan bantuan dalam melaksanakan  kurikulum bersepadu dengan  Pesantren Prof. Dr. Hamka Maninjau, Sumatera Barat yang di mulakan sejak beberapa tahun yang lalu.
    Porgram membantu sekolah pondok Pasentren masih diteruskan iaitu memberi latihan guru.  Pada 6-13 Julai 2009 seramai 4 orang guru dari Pasentren telah membuat lawatan ke YTP dan menjalani latihan pengurusan dan pendidikan di SERI/SEMI ABIM Seremban dan SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal.  Rombongan ini diketuai oleh Bapak Bakhtiar dan Drs. Zainal Arifin. 

    Projek Keramba berjalan mengikut jadual.  Projek in dapat membantu kewangan sekolah.  YTP melancarkan program TASKI membantu anak-anak yatim melalui kutipan daripada seluruh negara.  Pada masa yang sama YTP sedang mengatur untuk melaksanakan projek anak miskin dan yatim bagi mendapatkan sumbangan rakan-rakan ABIM di Malaysia.

    Kursus Penyeliaan TASKI/Tahfiz/SERI/SEMI ABIM

    Kursus Penyeliaan ini dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan SERI/SEMI, Penyelia dan Guru Besar TASKI dan TAHFIZ ABIM. Kursus sehari iaitu pada 18 Jun 2009 dibimbing oleh Tn. Hj. Ishak b. Ali Shah dan Tn. Hj. Mohamad b. Abu Daud (pensayarah Institut Perguruan Islam, Selangor). Kursus ini mendedahkan tentang kaedah mencerap dan membimbing guru-guru semasa menjalani praktikum (guru pelatih yang masih mengikuti Kursus Latihan Perguruan, YTP) dan pencerapan harian.

    Bengkel Persiapan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA)

    Bengkel SPRA yang dijalankan oleh Yayasan Takmir terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bengkel Penggubal Soalan SPRA yang dihadiri oleh 36 orang panel.  Mereka diamanahkan untuk menyediakan 3 set soalan mengikut piawaian JPU dengan dibimbing oleh Pensyarah dari Institut Perguruan Islam, Bangi yang mahir dan berpengalaman di dalam penyediaan soalan peperiksaan, penilaian dan pengukuran. 
     
    Manakala Bengkel Gubal Soalan 2009 pada 24-27 Mac dengan kehadiran seramai 40 orang panel.  Bengkel Pemurniaan soalan  diadakan pada 19-22 Mei 2009 ini.  Peperiksaan Percubaan akan diadakan pada 13-16 Julai manakala Ujian Lisan Bahasa Arab dan Al-Quran 20-22 Julai 2009.  Peperiksaan SPRA akan diadakan pada 17-20 Ogos 2009. Jumlah calun peperiksaan pada tahun ini ialah seramai 1286 orang.

    Penerbitan Buku Teks

    Pendidikan Teras Islam (PTI) tahun 4-6 dalam pendekatan yang terkini sesuai dalam keperluan pelajar.  Dalam proses 4 peringkat :

    • Aturcara  atau menyusun kandungan kurkulum yang sesuai dengan musim yang diselaraskan kurikulum kementerian.
    • Melatih panel jemaah penulisan buku yang berpengalaman dengan strategi penulisan sesuai Untuk pelajar tahap 2.
    • Penyedian buku Bahasa Arab Tahun 4.
    • Draf teks buku Hadis edisi baru Tahun 4.  Menyediakan teks Lughatul Quran (Bahasa Arab) tahun 1-4. Buku-buku tersebut PTI (4-6), Hadis (Thn. 4), Bahasa Arab (Thn. 4) dijangka siap pada penghujung tahun 2009 ini untuk edaran 2010.
    • Penerbitan Panduan Buku Doa Harian untuk edaran semua TASKI dan Pelajar Tahun 1 dan TAHFIZ terbitan YTP.
    • Buku Pendekatan Penyayang dalam pendidikan dalam proses penerbitan.
    • Buku Doa Harian siri 2 dalam penyusunan, dijangkat terbit  pada hujung tahun.

          Buku sempena 20 tahun penubuhan institusi pendidikan ABIM dijangka setiap pada hujung tahun 2009

    Tamrin Guru-guru TASKI/TAHFIZ/SERI/SEMI ABIM

    Pada 30 April-2 Mei 2009 Yayasan Takmir telah menganjurkan tamrin untuk guru-guru  TASKI/TAHFIZ/SERI/SEMI ABIM peringkat kebangsaan dengan kerjasama Majlis Guru Taski Kebangsaan (MGTK). Program tamrin yang diberi nama Majlis Tautan Kasih Rantaian Ukhuwwah ini diadakan di SERI Seremban.  Seramai 200 orang peserta yang hadir dan sambutan amat  menggalakkan.  Tamrin ini dikendalikan oleh Pn. Nurjannah bt Keman selaku Pengerusi Majlis Keseluruhan dan merangkap Timbalan Pengerusi Tamrin. Pengerusi Tamrin ialah Tn. Hj. Mohd. Isa b. Hj. Man.

    Program yang sarat dengan jadual kuliah dan qiammullail ini turut mendapat sambutan baik oleh para ibu bapa yang sama-sama turut menyertai malam berqiamullail bersama Ustaz Wan Termizi b. Abdul Hamid dan Dr. Badrul Amin Bahron.

    Tamrin ini dimulakan dengan perasmian oleh wakil dari YTP dan dimulakan dengan slot pertama bertajuk Pembentukan Generasi Baru Melalui Pendidikan Yang Berkualiti yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Wan Termizi b. Abdul Hamid (Presiden SAR Ng. Perak), slot ke dua bertajuk Konsep Tauhid dalam Pembentukan Sahsiah Guru dan Pelajar oleh Ust. Jaafar b. Muhammad (Mabrur Consultant Sdn Bhd.), slot ketiga Membina Ukhuwwah di Kalangan Para Pendidik Melalui Sektor Pendidikan oleh Ybhg. Tn. Hj. Ahmad Azam b. Abd. Rahman (Naib Presiden WADAH), slot ke empat : Guru Sebagai Dai’e dan Murabbi oleh Dr. Badrul Amin Bahron dan penutup oleh Tn. Hj. Mahyuddin Ashaari (KPP, YTP) menjelaskan tentang Hala Tuju Institusi Pendidikan ABIM dan Falsafah Pendidikan Islam.   

    Disediakan oleh :

    Nurjannah Keman
    Pengurus
    Bahagian Latihan dan Pentadbiran