Khamis, 05 April 2012 14:53
Ditulis oleh Pengurus Web
Majlis pertama untuk sesi 2012 telah bersidang pada 2-4 Februari 2012 di Hotel KK, Kajang Selangor dengan kehadiran ahli majlis seramai 45 orang. Agenda utama adalah pemahaman pelaksanaan KSSR oleh Tn. Hj. Abd. Ghani b. Ishak (mantan Pengarah Ins. Aminuddin Baki, Caw. Utara), perbincangan perlaksanaan, Dana dan Peraturan Pertandingan Ihtifal (Akademik) SERI/SEMI Peringkat Kebangsaan Ke-12 dan perancangan sekolah 2012. Majlis ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mahyuddin b. Ashaari, Ketua Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh Pn. Nur Jannah bt Keman, Pengurus Bhg. YTP. Manakala Majlis Pentadbir Sek. Islam telah mengekalkan semua AJK MPSI sesi 2012-2013 dimana YBhg. Ust. Mohd. Asri b. Zakaria sebagai Pengerusi dan Cikgu Kamarul Arifin b. Mutalib (Pemangku GB SERI Sg. Petani) sebagai Setiausaha.
Mesyuarat Koodinator Ihtifal (Akademik) SERI/SEMI ABIM Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 17 Februari 2012 di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Nur Jannah bt Keman, Pengurus Bhg. YTP, merangkap Setiausaha Induk Ihtifal bagi tujuan penyelarasan tugas, perancangan dan persediaan menghadapi Ihtifal Kebangsaan. Pn. Noor Khairul Lisa selaku Ketua Urusetia, JK Pelaksana Ihtifal telah memberi taklimat tugasan dan Tn. Syed Ismail, Pengerusi Pelaksana Ihtifal telah memberi penekanan tentang pencarian dana, iklan/promosi dan displin.